Hari Semalam

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
cepat betul masa berlalu kan. 

"Wake me up when September end..."


masuk suku terakhir untuk 2018.
bakal masuk 2019.
masih ada lagi cita-cita dan azam tahunan yang masih belum tercapai?
meh lah kita pulun sebelum menyesal dikemudian hari.
jangan jadi macam aku.
bila dah masuk tahun seterusnya, baru aku terasa yang tahun lepas macam xde apa-apa perubahan yang aku buat untuk diri sendiri.
terutama bab berat lah.

insyaa Allah semoga dipermudahkan urusan untuk menurunkan berat badan.
semoga sentiasa istiqamah.

owh nak cerita pasal semalam sebenarnya.
hari yang sangat meletihkan.
aku perasan bila kita mula diet dan masih didalam track.
kita akan cepat letih sebab menggunakaan tenaga yang banyak.
dan lemak tepu sedang dibakar.
lebih kurang macam tulah.
nak tahu lebih lanjut sila google.

semalam aku kena jumpa officer LHDN.
beberapa minggu ni hujan lebat sebelah petang.
balik dari jumpa officer tu memang dah hujan.
macam nak terbang payung yang dipegang.
bila hujan, maka aku buka lampu kereta.
aku ada satu tabiat yang masih aku berusaha untuk padamkan ialah tidak menutup lampu semula bila bukan pada waktu malam.
bila waktu siang, waktu hujan aku on lampu memang selalu lupa untuk off dan menyebabkan bateri kereta yilek.
yaadaa yadaaa
semangat tau nak pergi mengajar.
sekali bateri weak.
alahai sedihnya hati.
nasib baik ada kedai uncle buka lagi tapi biasalah kalau ke kedai mesti dia suruh tukar.
melayang-layang aku tengok duit tu terbang.

dalam hati macam nak balik rumah je teruss sebab sedih.
tapi aku malas nak layan perasaan sangat nanti aku jadi sebel.
maka, aku buat keputusan pergi gym.
sebab aku teringat ada sorang akak ni pernah cakap

"akak suka pergi dance keluarkan peluh. bila tension lagi best. penat dah dekat ofis kita keluarkan dengan cara yang macam tu. tapi ikut koranglah. kala suka jogging pergi jogging, kalau suka main bola, gie main bola. rasa satu kepuasan sangat. tak ingat dah stress yang tadi"

aku buat lebih sikit aktiviti semalam.
alhamdulillah memang tak terlayan perasaan.
redha dan pasrah.
lagi satu bila isu duit ni aku sensitif sikit.
lagilah isu dengan agoda ni masih belum selesai. harapnya akan dapat refundlah nanti.
agoda charge on my card credit the cancellation fee sedangkan yang cancel tu hotel bukan aku due to aircond problem.
tapi aku tak suka sikit cara agoda. 
takde direct line untuk ke customer service.
email yang khusus juga tiada.
suruh juga pergi ke contact through website.
bila buka page agoda je rasa nak mengamuk.
yelah sebab aku kena bayar kot.
geram je sedangkan bukan salah aku.

sabar nana sabar.

malas nak ingat. sebab bila ingat sakit hati.
bila sakit hati nak nangis.
so, just follow the flow.
sebab sekarang ni aku msg melalui facebook je itupun tetap suruh juga aku gie contact agoda ke website.
haih. geramlah.

bila geram-geram ni kena pergi gymlah nampaknya malam ni
hahahhaa

selain misi untuk kecilkan badan
dapat juga cuci-cuci mata.
hahahahaha

terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~