Posts

Kembara Buku

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ hari yang ditunggu-tunggu bagi mereka yang bekerja dari isnin hingga jumaat. hari minggu yang ditunggu. sudah lama menyepikan diri dari pengembaraan buku. suka membeli buku, akan tetapi masa terlalu mencemburui. dan ternyata perubahan teknologi telah merampas segalanya. sudah ternyata manusia tidak mampu hidup tanpa telefon di tangan. adakala terfikir seronok zaman teknologi masih dibelakang. kerana buku sentiasa di tangan. memegang konsep  'terbawa buku, terbuka, terbaca, tertambah ilmu didada' azam yang tinggi ditahun baru untuk membaca sekurangnya sebuah buku setiap bulan. tapi hampa. dan setiap minggu perlu ada 'Kembara Buku'. bertambah lagi hampa. masih belum mampu untuk membedah buku akan tetapi memberikan pandangan dari sudut yang positif tentang sesuatu buku. Buya Hamka masih mengungguli ca...

Emosi

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Emosi merupakan sesuatu permainan perasaan. lebih tepatnya adalah perasaan. setiap orang emosinya turun dan naik tetapi perlu dikawal dalam apa jua sekali keadaan. kerana emosi, badan boleh binasa. bila lontaran kata tidak kena pada masanya. tok nenek kita juga sudah berpesan. malah dalam islam juga ada menggariskan supaya bertindak jangan dalam keadaan marah. perlu keadaan yang tenang ketika membuat sesuatu keputusan. jika sedang berdiri, duduklah kamu untuk meredakan perasaan marah. jika tidak mampu, maka baringlah. betapa emosi itu perlu dikawal supaya amarah tidak menguasai diri kita. kelak menyesal tiada guna. perbincangan berlandaskan emosi, ternyata penampakan betapa tidak dewasanya kita. oleh itu perlunya pengawalan emosi yang bijak dan bagus. bukan semua mampu untuk melayan karenah emosi yang tidak menentu. sedangkan kita tidak suka jika ...

Pulau Perhentian 2!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Rabu!~ mencari masa senggang untuk menulis Pulau Perhentian 2. kali ini penceritaan perjalanan dan keseronokan. lumrah kehidupan, ada gembira, suka dan duka. tidak semua perkara and setiap hari kita akan lalui kegembiraan. tapi semua orang sukakan kegembiraan. kami bertolak jumaat malam sabtu. alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami. permulaannya agak takut kerana Lebuhraya Pantai Timur memang gelap dan tidak banyak kenderaan yang lalu bila lewat malam tidak seperti Lebuhraya Utara Selatan. siapa tak risau. hati dah berdebar beberapa hari. kami bertemankan mereka-mereka yang hendak ke Fastakim, yang berlangsung di Terengganu. Kami tiba di Jeti Kuala Besut jam 8. berurusan baki pembayaran sambil menunggu pintu pagar dibuka jam 9 pagi. aktiviti hari sabtu agak padat kerana kami cuma menginap selama 2 hari satu malam. maka, hari sabtu terus ...

Pulau Perhentian 1!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam selasa!~ puas berehat seharian semalam. basuh baju dan lipat baju yang bertimbun bak gunung kinabalu. siap masak untuk bekal hari ini. pergi bercuti dua hari satu malam tapi saja ambil cuti hari isnin sebab memang tahu mesti penat travel. alhamdulillah selamat pergi dan balik. tak sabar nak kongsi keindahan alam yang Allah anugerah kat mata kami. tapi hari ini biar kami kongsi pengalaman yang tak seronok dulu. sebab biar bagi yang tak seronok dan seronok datang kemudian. disebabkan kami sampai sabtu pagi, menginap di pulau pun sekadar dua hari satu malam dan terus ke aktiviti snorkelling. kami tak sempat untuk check in chalet terlebih dahulu. terus sahaja ke aktiviti snorkelling dan kami bernasib baik sebab memang pakai pakaian untuk aktiviti snorkelling. aktiviti snorkelling habis jam 2 dengan sebanyak 6 check point. check point terakhi...

Memori

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Mood membebel dah sampai. tapi tak tahu nak mula yang mana satu. mana satu pilihan hati untuk dibebelkan. kebelakangan ini banyak entri yang aku membebel. langsung takda cerita tentang hari minggu atau hari bekerja. salah satu sebab aku bukan selalu suka tangkap gambar dan aku bukan orang yang sentiasa akan mengambil gambar. teringin sebab nak memenuhkan blog. hahahhahaa rasanya pernah beberapa tahun dahulu menulis entri berkenaan tentang rindu. kalau kita rindukan seseorang yang sukar untuk kita luahkan, bacakan Alfatihah. sebenarnya berkisar memori yang facebook bangkitkan isnin lalu. ada memori yang bagus untuk kita ingati dan ada pula memori yang tidak patut untuk kita kenangi. ada kebaikan serta kekurangannya. tapi memori yang dibangkitkan adalah tentang rindu pada mereka yang jauh dimata tapi selalu ada dihati malah tidak akan mati. sakit....

Menulis Tanpa Singkatan

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Saiyidul Ayyam. Penghulu segala hari. Cubaan menggunakan bahasa yang betul tanpa menggunakan singkatan. semoga berjaya. permulaan memang agak sukar tapi andai dibiasakan akan berjaya. ayuhlah kita bersama memartabatkan bahasa melayu. seronok kalau betul kita menggunakan bahasa melayu. setakat ini baru satu entry yang menggunakan bahasa tanpa singkatan. umpama x = tak ataupun tidak dan banyak lagi sebenarnya kalau diperhatikan dan ramai sudah menegur supaya menulis tanpa menggunakan singkatan. kerana kalau bukan kita siapa lagi yang mahu menjaga bahasa ibunda. bermula dari kita dan semoga terus-terusan ke anak cucu kelak. bukan mudah kerana kita sudah terbiasa dengan singkatan semasa menulis mesej. akan tetapi jika di praktikkan bukan mustahil. dan ia sesuatu yang membanggakan. masih mencuba agar penyampaian tidak menjadi kaku. dan se...

Malang Tidak Berbau

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hari sabtu petang yang mendung. tiba-tiba aku teringin sangat nak makan donat. sebenarnya lama dah teringin tu. tak tahu kenapa suka donat. lagi-lagi kalau donat yang lembut dilimpahi dengan gula. Ya Allah sedapnya. memang teringin donat yang jenis macam tu. donat yang fancy tu tak lah teringin sangat. kawasan ofis ada makcik jual nasi lemak van. ada jual donat tapi selalu habis. kecewa betul hati. disebabkan terlalu teringin. gigihkan jugak. lagi-lagi bila petang tu kelas dibatalkan. hari jumaat dah siap sedia beli bahan yang takda kat rumah. cadang nak buat petang. boleh bawa malam rumah abg Syasya sebab ada meeting malam lepas maghrib. bila sukat tepung, tak cukup. kecewa. tapi tetap teruskan juga buat walaupun tepung tak cukup. masih menggunakan resepi yang asal. mula nak derhaka resepi pertukaran marjerin dengan butter sekali terp...