Perjalanan Terakhir...

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

rindu kat arwah embah!~
rindu sangat2...
rindu sampai ternangis...
emosional caution betul i nieh...

"Ya Allah, sampaikan salam rindu serta kemaafan ini pada dia...sungguh aku rindu akan dia...semoga aku mampu hidup tanpa dia Ya Allah...aku belum mampu untuk menghilangkan bayangan dia...aku belum mampu untuk mengusir banyangan itu dari pandangan mata aku...Ya Allah golongkan dia dalam golongan orang2 yang beriman"

kalau rindu...
kalau rasa gundah gelana...
aku pegang nie
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
v

tasbih nie arwah bawak balik dari mekah!~
abah kata...
kalau berzikir pegang tasbih nie...
gunakan ia sebaiknya supaya orang yang belikan nie dapat pahala...
rinduuuu!~

berzikir sambil teringat kat arwah!~
embahhhhhhhhhhhhhhhhh!~
:(
kat bawah nie i share luahan hati seorang cucu!~
lame dah buat...
xde niat nak publiskan pon..
tapi sebab terlampau rindu yang membuak2..
postlah ia di sinie...
Al-Fatihah!~


Perjalanan Terakhir...

Setiap yang hidup pasti akan berakhir dengan kematian. Innalillahiwainnailahiroji’un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali.  Tanggal 4 Mei 2012 tamatlah perjalanan seorang hamba Allah yang dikasihi. Perginya dia ditempat yang mulia.
“Allah, Engkau sampaikan sayang ku ini pada dia orang yang aku sayang Ya Allah. Sesungguhnya Engkau amat memuliakan dia didunia ini lagi. Engkau mengambil dia tatkala usai menunaikan umrah...Allah...Allah...Allah...aku juga ingin jadi sepertinya”

Embah.....
Pergimu ditempat yang sangat mulia. Berjuta ummat inginkannya. Akhirnya kau yang terpilih antara yang berjuta itu. Sungguh bertuah!~sangat bertuah.
Pertemuan terakhir antara kita tanggal  12 Mac 2012 diperkahwinan cucumu. Itulah pertemuan terakhir kita. Allah mengilhamkan aku untuk beradu bersebelahan. Allahu Akbar!Allah itu Maha Besar. Sesungguhnya Allah itu tahu setiap akan apa yang tidak hamba-hambaYa ketahui..
Andaiku tahu itu pertemuan terakhir antara kita berdua. Akan ku peluk ciummu bertalu-talu. Biar orang lihat. Biar orang pandang. Tidak aku pedulikan. Agar aku dapat memeluk buat kali terakhirnya. Hajatku tidak kesampaian untuk berbuat begitu.
“Ya Allah,Engkau temukanlah kami berdua. Cukuplah bagiku didalam mimpi. Itu sudah memadai bagiku untuk aku melepaskan rindu yang bertamu”

Embah..
Mereka yang arif ada mengatakan bahawa “seandainya seseorang yang ingin pergi meninggalkan dunia sebagai hamba Allah... dia sudah merasainya”. Aku yakin begitu jua dengan dirimu! Allahu akbar...andai aku tahu tidak sekali lepaskan peluang terakhir ini untuk bersama-sama denganmu...
Sebelum meninggalkan rumah, sempat lagi untuk membersihkan kebun yang tercinta. Sebelum pergi betapa bahagianya wajahmu. Betapa gembiranya raut wajahmu. Sudah lama benar niatmu untuk menunaikan umrah. Jelas terpancar kerinduan untuk mengunjungi rumah Allah yang telah lama tidak dikunjungi atas alasan hidup yang sederhana.
Sempat juga menanam pokok lada yang kini sudah besar dan mendatangkan hasil kiranya. Menebang pokok rambutan. Membuang rumput-rumput yang membiak disekitar kebun kesayanganmu. Engkau seakan mengerti itu adalah kali terakhir untukmu membersihkannya.
Sebelum ini aku hanya sedakar membaca bahawa seorang yang hendak meninggal telah membersihkan rumahnya. Tetapi ini juga berlaku kepada kami.
“Ya Allah, semoga dia bersama-sama para syuhada’”

Embah...
Telah aku lihat wajahmu tatkala sebelum berangkat ke mekah. Rautmu sungguh bersih. Tersenyum gembira. Seperti itu kenangan terakhir yang kau tinggalkan buat kami semua. Ya!memang kau sedang gembira untuk menunaikan umrah ketika itu.
Tidak aku mampu untuk melihatnya. Pasti akan ada yang merembes terkeluar dari kolam itu. Tetapi itu sahaja pengubat rinduku padamu tatkala ia bertamu disanubariku.
“Allah! Engkau damaikanlah dia disana.  Tempatkanlah dia bersama-sama para solehin Ya Allah.”
Ketika di madinah, alhamdulillah tiada masalah bagimu untuk mengunjungi masjid nabawi malahan telah banyak kau belanjakan untuk kami disini. Tidak sekali kau lupakan kami disini.
“Ya Allah, tabahkan hati ini untuk menerima suratanMu. Bukan aku tidak menerima takdir akan tetapi damaikanlah hati ini Ya Allah”
Apabila dimekah dengan keadaan cuaca yang panas telah menurunkan sedikit demi sedikit tahap kesihatanmu tetapi itu tidak menghalang untuk menghabizkan semuanya.  Sehinggakan ada yang berkata walaupun usiamu lebih dari separuh abad tetapi tenagamu begitu kuat mengalahkan orang yang lebih muda darimu.

Embah..
Banyak yang telah engkau belanjakan buat kami disini. Tudung-tudung, tasbih-tasbih, kurma,kacang, kismis dan tidak lupa juga air zam-zam. Lagi dua hari sahaja lagi penerbanganmu untuk balik ke Malaysia. Bukan lama tetapi engkau tidak mampu. Kau juga ada mengatakan bahawa kau tidak mampu untuk pulang. Allahu Akbar! Sebelum itu telah kau berpesan pada anakmu bahawa ada seorang lagi cucumu yang belum sempat dibelikan jubah untuknya.
Ketika berperang dengan kesakitan sempat lagi kau mengingati kami disini. Selepas itu engkau terus koma sehingga memakan masa beberapa minggu. Kami disini mengharap bahawa akan ada kegembiraan yang kedengaran. Akan tetapi khabar yang tidak kami ingini. Lantas kami memohon pada Allah...
“Ya Allah, alhamdulillah,akhirnya dia adalah insan yang terpilih. Perginya dia ditempat yang mulia. Selepas menunaikan umrah pula. Allah! Jadikanlah aku jua sepertinya kelak”
Ketika beg serta barang-barangmu pulang. Seakan rebah aku melihatnya akan tetapi aku harus berdiri agar yang lain bisa terus tabah berdiri atas ujian yang telah Allah berikan ini.

Embah...
Selepas ini tiada lagi senyumanmu dimuka pintu ketika menyambut kedatangan kami. Tiada lagi kerepek ubimu yang begitu menjilatkan jari kami. Tiada lagi orkidmu yang mekar halaman rumahmu. Tiada lagi pokok-pokok yang menghijau disekeliling rumahmu...
“Ya Allah, aku rindu suasana itu..andai bisa aku mengulang kesemuanya...Allah...tabahkan hati kami dalam pengembaraan selepas ini”
Kata-kata terakhir dari anakmu sebelum berangkat kekota mekah
“mak,kat sana jangan lupa doa semoga mak tu selamat pergi dan dan selamat balik”
Anak-anakmu jua ada mengatakan selepas mereka balik tidak sekali kau memandang kearah mereka seperti kebiasaannya. Kau melarikan diri kebilik atau kedapur. Seakan tidak mahu meninggalkan kasihmu disini. Agar semua orang redha akan PEMERGIANMU itu.

Embah...
Sebelum menutup mata buat kali terakhir telah Allah khabarkan kami berita yang gembira  dengan kesedaranmu dari koma yang panjang.
“alhamdulillah Ya Allah. Telah Engkau kabulkan doa kami selama ini agar dia selamat”
Beberapa hari kemudian, kami telah mendengar satu khabar yang telah merunjun jiwa kami denga pemergianmu.ingin sekali aku rebah tatkala itu. Andai engkau tahu keadaan rumahmu tatkala itu sungguh menghayat hati. Setiap orang bersedih tambahan pula dengan keadaan bapaku yang tidak berapa mengizinkan.
Betapa beratnya ujian tatkala itu tetapi Allah itu tahu setiap ujian yang diturunkan itu untuk hambaNya yang layak menanggung sahaja. Dan mama adalah insan yang terpilih itu..semoga Allah terus alirkan ketabahan agar dia mampu untuk terus menggapai redha Ilahi
...

Comments

  1. semoga tabah ya. Inshaa Allah Embah tenang dan bahagia disana :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih!~ :)
    aminn...mudah-mudahan..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Isu Agoda

First Date!~