Bachelorette Party

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Peristiwa yang lama.
rasanya patut namakan blog nie trowback.blogspot.com.
hahahahhaa



saja nak meluangkan masa dengan housemate sebab kiteorang nie memang susah nak berkumpul kalau hujung minggu.
kalau hari biasa pulak masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
ada yang balik kerja kol 10 malam pagi dah keluar.
ada yang gie keja masing ada lagi yang tido.
gituh lah rentak hari2 kerja serumah nie.



mula ingat nak naik cameron jap.
nak buat kat sana tapi merancang bukan main dari awal tahun tapi tak pernah pun sampai atas nun.
takut sikit sebab cameron dah macam2 dengar sekarang nie.
tapi tengok orang gie okey plak.
inshaa Allah satu hari nanti mesti naik lagi.



nak buat semalam tapi rasa macam xlarat sangat.
hari ni okey sikit lah.


buat kat PJ nie je.
sekangkang kera je dari rumah.
serius seronok.
rumah tu seronok.
rate pun biasa je.
RM150 untuk semalam.
lengkap.
tv, internet, aircond, katil, mesin basuh baju.
sampai berangan best betul kalau ade rumah macam nie.



perancangannya biasa je.
makan2 and lepak2.
tanpa pengetahuan empunya diri, 
suprise!~



memang dia terkejut sebab xsangka ada belon and kek.
ramai yang berkomplot nie.
hahahaha



termasuk guru besar sekolah dieorang berkomplot.
sebab guru besar yang tolong buat kek.



makanan semua main tempah2 je.
semua main tempah tapi bab setting tu aku and mijah.
itu pun macam nak pengsan sebab kehulu kehilir.
nak culiktemah kat rumah nanti kang takut kantoi plak.
dah sudah buat berdua jelah.

alhamdulillah menjadi.
nak ucap tahniah kat diri sendiri.
kahkahakah.
aku xsangka dia akan nangis.
terharu sangat barangkali.
hahahhaa



terima kasih juga yang sponsor cheese tart sedap.
dah laa memang favourite.
macam tahu2 je.

malam tu acara bermandi manda.
mula2 igt nak buat barbeque.
nasib baik xbuat sebab kolam renang tu xsesuai nak buat bakar2.
sebab kondo.
swimming pool pun kat atas je sebelah dgn gym.

konon pagi tu nak bangun pagi2 nak bergym bagai. tapi haremm.
mimpi je lebih weyh.
hujan.
plus tido tilam empuk.
memang harapan.
duk atas katil layan internet je memanjang.


nak letak gambar banyak2 kat insta and fb takut orang muak.
jadinya kat sini jelah yang sesuai.
lagipun kite just 10% je yang aku pilih.
lagi 90% masih ada lagi dalam memory.


layan jelah gambar apa yang ada.
sebab macam dah kering idea.
hahahhaa


ni lah si empunya diri.
dah selamat dinikahkan dah pun minggu lepas 
3/12/2016.


selesai majlis nikah baru sempat nak update pasal bachelorette party.
tunggu dah ada anak baru aku sempat nak letak cerita pasal majlis sebelah dia kot.
hahahahhaa


xde aktiviti khas pun.
memang niat nak lepak2.
gelak2.
berhuhahuha je minggu tu.
tapi xnak kat rumah.
konon macam release tension lah tu.
memang masing2 tengah tension dengan hal duniawi.
haaa jomlah kite gie tempat tersorok sikit.
gelak sakan kat tempat yang orang xkenal kiteorang.


tinggallah si 3 dara pingitan nie.
inshaa Allah.
sorang-sorang bakal melangsungkan hari bahagia.
just tunggu je kad yang bakal tiba okey?



rasa macam dah jadi trademark aku plak amik gambar ginie.
cuma kat pahang haritu lupa plak nak tangkap gambar ginieh!
alah..
rasa nak patah balik kebelakang semata nak buat gambar ginieh weyh.
macam setiap bulan lah kononnya ade satu gambar trademark ginie.


okeylah.
kalau rajin nanti aku buat plak entry majlis kawin ina.
kalau malas, tunggu lah tahun depan jelah aku buat.

okeylah.
got to go!
terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~