5 impian

Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Selamat pagi Isnin. macam biasa bila pagi isnin mood blues tu melambak-lambak.
bukan korang je. aku nie nak pujuk mood tu bukan main.

aku pasti setiap orang ada pasang impian dan angan-angan.
sama ada nak capai.
akan tercapai.
mampu tercapai tu kita xtahu.
aku plak ada banyak sangat impian.
xtahu lah kenapa bila dah menginjak kearah 30 series nie makin banyak pulak cita-cita dan impian.
masa zaman belajar tu xde laaa pulak.
sekarang ni sampai xtahu nak kejar yang mana satu.


1) Master

dah lama nak sambung master or ACCA. tapi disebabkan hal-hal yang tertentu aku tangguh dulu.
ACCA of cause lah sebab duit. ade biasiswa tapi disebabkan kawan aku dah pernah pegi interview, biasiswa ni cuma taja untuk 4 paper. malangnya graduan dari kolej aku ACCA just boleh exemption 4 paper je. ada lagi 6 paper aku kena amik. lebih kurang macam tu lah jalan cerita dia. lagi dua paper biasiswa xmampu nak tanggung. lagipun aku bagi peluang kat adik-adik aku plak nak belajar. asyik aku je yang dapat kan. tapi hari tu mama tibe-tibe tanya.

"xnak sambung master ke nana?"

"nak. memang dah lama pun nak. tapi nantilah"

"sambunglah sekarang. nanti dah kawin ade anak pulak. lagi susah nak sambung."

"serius?"

"kawan ko yang sana tu nak sambung. dah habis dah pun. yang belah sini pun sambung master jugak. ko bile lagi?"



2) Travel


Travel pun jadi salah satu impian. kalau boleh memang nak travel seluruh dunia tengok keindahan ciptaan Tuhan. belajar tentang budaya orang lain. buat perbandingan dan ikut apa yang baik. hindarkan ape yang xbaik. 

"by hook or by crook kite kena jugak jalan tahun depan."

"eh bukan kau nak kawen tahun depan ke?"

"alamak. camne ni? xpelah. calon pun Allah xbagitahu lagi siapa"

aku suka tengok alam. mentadabur alam. kecantikan dan keindahan. rasa macam aku dapat ape yang jiwa aku nak bila kau travel nieh.
bile orang tanya kenapa umrah bukan one of impian kau?

"bukan aku xnak pergi umrah. ini wishlist zaman bujang. aku penah nak gie umrah tapi aku kena pegi dengan abah aku. xpun dengan suami. sebab tu umrah xde dalam 5 impian."



3) Bisnes

dulu masa tengah berehat dari belajar 2 tahun, aku memang xde aplly keja mana-mana sebab fokus aku nak sambung degree. by hook or by crook aku nak ade degree.
ramai je orang bagitau aku sini ada keja kosong, sana ade keja kosong, situ ade keja kosong.
tapi aku macam berat hati sikit nak kerja.
ada hikmah rupanya Allah tangguh aku sambung belajar.
banyak terlalu banyak dan aku bersyukur. 
ini dah masuk bab lain. lain kali aku membebel kes ni.

sekarang bile dah kerja. kenal ramai orang. kenal pelbagai jeis manusia.
aku rasa nak tolong abah semula kat pasar.
rasa jiwa lebih rilek. hati tenang tenteram. cuma badan letih sikit. serius!
abah jenis xkisah sebab bagi abah kite belajar sebab ilmu. tapi aku memang dapat tentangan yang hebat dari mama.

"kalau dari dulu nak berbisnes, lebih baik xapayah sambung belajar. duit pinjaman tu boleh bagi orang lain yang nak belajar. kerja je. penat2 belajar tapi akhirnya berbisnes."

dalam kepala ni macam2 dah kerangka kerja. macam-macam dah perancangan.
dah banyak sangat idea yang nak dikeluarkan. tapi aku punya gerak kerja memang lemah sikit.
kadang-kadang aku memang memerlukan partner yang kuat dari gerak kerja. dari segi idea aku boleh tapi gerak kerja ni aku sangat lemah bile benda yang aku buat xmemuaskan hati aku, aku akan putus asa sampai aku nak pandang pun xnak.


4) Petani

sama je tentangannya dengan berbisnes. aku pun pernah ada impian nk bela lembu and menanam. 
benda nie semua bagus sebab malaysia adalah sebuah negara pertanian yang buruk sekali. ntah jatuh nombor berapa. Pak Lah adalah sorang menteri yang menanamkan idealogi bahawa pertanian adalah perniagaan. 
Belanda adalah negara yang kecik keluasannya sama dengan keluasan Pahang tapi Belanda adalah negara pertanian yang paling bagus. kebanyakan susu datangnya dari belanda. sebab tu aku kalau boleh nak jadi petani.


persaingan x terlalu banyak sebab bagi orang petani adalah pekerjaan yang paling lower. xde class. tapi bermain dengan alam nie best sebenarnya sebab mereka xberhenti berzikir kepada Allah. kita? memang kalah lah jawabnya. aku dah lama nak jadi petani nak bela lembu tapi lebih terinspirasi bila aku tengok cerita 'suamiku sikolot,' tapi xlah die terlalu cerita sangat pasal aoa yang dia buat.

semua benda boleh belajar.
learning process xkan pernah berhenti sampai bila2.
xkan berhenti. sebab apa yang kite belajar hanya setitis ilmu Allah yang sebesarnya seluas lautan.
masih banyak lagi yang kita xbelajar.



5) Berkahwin

mesti pelik kan kenapa kawin ni masuk dalam impian. aku pun tergelak. tapi nak buat macam mana. setiap orang ada rasa nak kawin cuma sampai masa ataupun belum.
dan aku perempuan. ada sebab kenapa kebanyakan perempuan nak kawin awal.
sebab yang utama adalah anak.
bile aku kenal dengan lelaki. aku bagitau umur. depa mesti cakap.

"alah muda lagi. baru umur sekian."

bagi mereka memang muda. tapi bukan semua orang yang kawin Allah terus bagi rezeki anak. sometime Allah begi masa yang agak panjang baru ada rezeki untuk anak. kita xtahu perancangan Allah. 
sebab tu most of women nak kawin cepat.
one of the strong reason sebab anak.

probability untuk dapat anak masa umur 30 series berisiko sikit.
sebab kekuatan tu dah berkurangan dan jumlah anak pun jadi sikit.
bila anak-anak meningkat dewasa, ibu dah semakin tua dan uzur. bila anak-anak nak sambung belajar,
ibu dan ayah dah tua dan xmampu nak menyara anak.
kesian kan mereka?
panjang betul pemikiran aku.



okeylah. nak membebel ini je.
panjang betul aku membebel.
ini pendapat aku je kenapa aku ada 5 impian dalam hidup aku dan aku xtahu nak kejar yang mana satu.
tapi aku kena gerak jugak. gerak kerja yang sedikit, lama-lama hasilnya akan banyak jugak.

okeylah. got to go.
Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~