Bertukar Nama

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Penghulu hari. tenang je hari ni sebab dari pagi sebelum subuh lagi hujan membasahi bumi.
seronok tido.
tenang. aman sungguh hari jumaat pertama tahun baru hijrah ni.
disebabkan hari tu dah janji nak bagitahu kenapa aku tukar nama blog yang dulu jadi yang sekarang.
setiap orang kena berhijrah.

"bila kita rasa kehidupan yang dahulu xelok. kita kena berhijrah kearah yang lebih elok. xkan kita masih nak duduk ditakuk yang lama. hijrah bukan bermakna kena berpindah tempat je. dari segi usaha pun kena berhijrah kearah kehidupan yang lebih baik"


dulu buat blog sebab nak berkongsi rasa. kongsi apa saje yang aku tahu. tentang apa saja yang aku mahu kongsi.
masa tu fokus aku hanya pada dia.
yup. aku xmampu nak cerita lebih2.
dan bila aku meluahkan kat sini. dia pasti akan baca.
istimewakan dia?
sangat istimewa.
everything yang aku nak kongsi. aku akan kongsi kat sini.
for overall of mylife.
especially tentang perasaan. kehilangan. dan apa saja.
romantik kan aku?
hahahahahhaa
tapi jangan ditanya tentang sekarang.
manusia kan kena berhijrah kearah yang lebih baik.


masa tu budak-budak lagi. baru habis diploma. baru dapat laptop baru.
baru. dan semuanya baru.
semangant nak berkongsi apa sahaja yang aku tahu.
lebih-lebih lagi tentang kehidupan aku.
tapi beli kamera aku belum mampu.

masammasinpahitmanis.blogspot.com

tu nama blog ni dulu.
bile aku baca balik post2 aku dulu.
kelakar betul. cara penceritaan tu kelakar.
sekarang pun masih carca marba cuma ade matured sikit.
dulu aku akan post pasal sakit hati.
cerita sedih.
and macam2 lagi tapi kebanyakannya semua sedih2 belaka.
memang sedih sangatlah.
hahahhaaa

aku pernah berhenti tulis blog setahun. 
terabai.
serabut.
semua ada. sekarang pun aku fokus kat apa yang aku nak tulis.
yang bahagian tepi2 tu aku je lantok pie gituh.

sebenarnya aku bertukar sebab atas satu teguran.
ada satu masa tu aku letak link blog aku kat semua bio laman sosial.
saje je.
xsangka pulak ada one of kawan aku baca.

"aku ade baca blog kau."

"serius?"

"apesal semua cerita sedih2 je nie. hidup kau xbest ke?"

disebabkan aku terasa deep dengan teguran dia.
aku terus rasa nak tukar nama.
sebab aku berfikiran nama tu pun macam dah sedih je.
so bertukar lah kepada nanawahid.
nama nie aku dapat pun sebab pakcik n makcik aku save nama aku as nanawahid dalam phone book dia.
then aku pun decide. best jugak nanawahid tu.
nasib baik masih belum ade orang guna nama nie.
then terhasil lah 

nanawahid.blogspot.com

terasa ceria sikit bila pakai nama sendiri.
hahahahaha
rasa nak berkongsi semua cerita yang gembira-gembira je.
kahkahkah.

aku dapat rasakan kebangkitan semula bila guna nama sekarang nie.
tapi kemalasan nak tulis blog beserta gambar tu sama je macam dulu.
malah bertambah malas dengan xde dekorasi-dekorasi macam blog orang lain.

itulah cerita sejarah macam mana terhasilnya nama baru blog nie.
aku rasa umpama rumah baru masuk elektrik.
dulu pakai lantern je.
sekarang maju sikit pakai elektrik.
terang benderang je.
xlah malap sentiasa.

macam tu jugak dengan hidup kita.
kena berhijrah kalau suatu tempat yang kita duduk sekarang xmembawa kebaikan kehidupan semasa dan kehidupan kita masa akan datang.
walau susah.
walau sukar.
walau payah.

sebab setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan.
percayalah.
sesungguhnya janji Allah pasti.
lambat atau cepat.
kesenangan pasti akan datang.
banyak hikmah jika berhijrah.
terlalu banyak.
tu nanti kita bincang lain.

okeylah.
terima kasih!



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~