Luahkan

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


bila kita rasa sedih. gembira. suka. atau apa je perasaan yang datang dalam hidup kita mesti kita akan pilih sorang yang paling kita selesa untuk cerita semua cerita kita.
mostly orang akan ada sorang. at least lah.
kadang orang ni untuk kita cerita pribadi termasuklah perihal rumah tangga dan apa saja.
kadang orang lain perihal kerjaya.
kadang orang ni untuk cerita segala kegembiraan.
macam-macam.
mesti akan ada sorang untuk kita cerita semuanya.

aku suka dengar cerita orang. bukan sebab aku orang penting. 
sekarang aku tengah praktikkan untuk jadi seorang pendengar yang sangat setia.
aku try untuk dengar semua cerita orang tu tanpa cerita sedikit pun perihal aku time die cerita.
inshaa Allah. kononya nak jadi pendengar yang setia lah gituh.

bila kite tengah ada masalah lah selalunya kita akan cari seseorang kan.
bukan untuk minta tolong die selesaikan pun.
sometime just to release the burden.
rasa macam ringan sikit kalau kita cerita kan.
bukan apa. kadang seseorang tu akan bagi beberapa pandangan.
kadang die lebih berpengalaman.

aku ada sorang je tempat aku luahkan semua cerita.
aku rasa aku nak kongsi semua cerita dengan dia.
tapi...
part ni aku paling benci sikit
kahkahkah.
bukan apa. aku jenis xpandai tibe-tibe cari orang untuk cerita masalah aku.
aku bukan jenis orang yang pandai cerita semua masalah aku.
senang cerita aku ni memendam sorang-sorang lah.
serius aku xpandai.

selalu kan dengar quote ni

"kenapa nak cari manusi untuk luahkan? menangislah depan Allah. mengadulah depan Allah. ceritalah depan Allah."

bukan xcerita.
bukan xmengadu.
kita pun tahu.
Allah dah Maha Mengetahui segalanya tanpa kita cerita pun.
yes. sometime kita memang need someone yang kita boleh cerita semua.
seseorang yang kita boleh pinjam bahu dia untuk kita tumpang menangis.
kita pinjam telinga dia untuk dengar segalanya.
kita pinjam mata dia untuk memandang kesedihan kita.
kita pinjam tangan dia untuk pegang bahu kita.
pinjam.
everything kita nak pinjam.

minggu lepas adalah minggu yang paling aku serabut.
macam-macam hal berlaku.
permulaan yang mencabar bagi aku.
tapi aku kena lawan kena kuat.
im looking for someone yang aku boleh cerita everything.
aku boleh dengar suara untuk respon all the stories.
tapi sedih.
xtahu nak cerita macam mana.
susah untuk aku luahkan.
haiiiiissshhhhh.

serius aku xkuat.
rasa aku macam dah jatuh giler.
kat sini pun aku xmampu nak luahkan.

malam tadi aku nak cerita.
tapi sebelum aku cerita semua benda yang aku nak cerita.
aku dapat bad respon dari orang yang aku nak cerita.
serius menghampakan aku.
sangat.
aku xsempat nak cerita. langsung xsempat nak buka mulut pun pasal apa yang aku nak cerita.
die dah buka mulut nak kenal dengan kawan aku.
cerita pasal kawan aku.
then the awkward moment happen.
krikkk krikkk krikkk krrikkkk.
aku rasa macam bodoh gile.
kenapa aku pilih dia?
sedangkan die xpernah pun pilih aku untuk cerita semua cerita dia.
aku cuba untuk hilangkan the awkward.
xberjaya sebab respon yang aku dapat buat aku tawar hati nak cerita semuanyaaaaaa.
semuaaa.

bukan aku xnak move on dengan dia nie.
every single day aku cuba.
sedangkan dah sampai 10 minggu.
dia cari aku.
sebab ape?
die ada sebab dia cari aku.
bile time dia terlalu memerlukan je cari aku.
ayat bukan main manis.
manis giler weyh.
macam letak gula plus susu lagi.
bodohnya aku.
nafsu apakah?
aku memang tengah marah dengan diri aku sendiri.
kau tahu apa aku rasa?
aku rasa nak gie belasah die sekarang!

serius sedih weyh.

then, i find the other kawan aku.
memang sama. xterluah.
aku xpandai nak luahkan.
pedih weyh. pedih sangat.
kecian mata aku rabak sebab menangis untuk orang yang xguna.

tapi aku sangat berterima kasih kat kawan aku sebab mampu buat aku ketawa.
mampu buat aku berhenti menangis.
terima kasih.
terima kasih sangat2 hana n dotdotdot.
kahkahkah.

aku bukan cari dieorang time aku perlu je.
tapi aku malu nak mulakan dulu.
sebab aku terasa asyik aku je nak mulakan dulu.
kadang sampai aku rasa gurauan aku melampau sampai die berhenti terus nak bergurau dengan aku.
even aku xcerita what's going on.
tapi terima kasih sebab mampu buat aku tersenyum balik.
simpul2 sampai pagi aku senyum.
hahahahaa

when i need the suggestion, dia bagi dengan siap huraian yang bagi aku puas.
walaupun bukan sealiran dengan idea aku.
aku boleh terima.
bukan satu jawapan yang xberapa cerdik n xmatang.

okeylah got to go!~

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Hari Tua Akak!~

Selamat Hari Graduasi!~

Eh Penang 2!~