Bertakhta Dihati

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



setiap orang ada naluri untuk mencintai dan dicintai.
 tipu kalau kata xde sebab semua rasa Allah yang beri. sedangkan Allah itu sendiri Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
tapi tajuk tu macam xboleh nak handle betul.
petang yang hening lagi damai.
nak share tajuk yang lain tapi disebabkan tajuk tu pernah diutarakan sebelum ni.
maka tepaksa cari satu tajuk lain.

tipu kalau cakap dalam hati xde nak mengharap kat sesiapa.
walaupun hakikatnya. realitinya kita memang single and available.
hati tu mesti ada satu nama yang bertakhta.
mungkin dari dulu.
ataupun mungkin baru je terjebak.
gituhhhhh!~

aku cakap berdasarkan pengalaman.
bukan pengalaman aku sorang tapi pengalaman orang-orang yang aku kenal.
tapi berdasarkan pengalaman aku.
bila aku suka kat seseorang dan aku xmampu nak cakap.
aku pendam walau bertahun lamanya.
since aku tahu die xsuka aku.
dia ada yang lain bertakhta dalam hati dia.
i will move on. 
tapi nak baik balik macam dahulu kala. memang xakan berlaku.
xpernah dan xakan pernah sekelumit.
eh. bukan berdendam tapi memang prinsipnya gituhhh.
cewaaaahhhh.



perempuan perlu hidup atas prinsip yang dia sendiri bina.
umpama satu asas untuk dia berdiri dan xterus rebah.
akar yang kuat mampu menguatkan keseluruhanya.
macam tulah manusia.
lagi perempuan yang orang kenal dengan sifat yang lembah lembut pada hatinya walaupun dasarnya kasar.
perempuan memang rumit.
aku sendiri sebagai seorang perempuan pun payah nak kenal perempuan.
sedangkan diri aku sendiri pun aku susah nak faham.
inikan pula perempuan lain.
xke rumit namanya?


sebenarnya aku try nak general kan cerita.
tahu bukan senang tapi aku kena be a general.
susah kalau terlalu am.
dan gaya tulisan aku pun.
haishhhhh.

tengah belajar untuk jadi penulis yang berkaliber sebenarnya.
hahahahhahaa
lagi-lagi bile mood swing datang sekarang nie.
menulis memkhinzir buta kadang adalah penawarnya.
cewaaahhh!~


bila ade seseorang yang kita suka.
orang dah lama kita biarkan die duduk lama kat hati.
sampai jadi raja.
sampai orang lain xmampu nak masuk lagi.
kembang bermangkuk-mangkuk.
bahagia dengan baja kasih sayang yang melimpah ruah.
doalah.
doa.
doa.

kita percaya dengan kuasa doa.
kerana memang kita serahkan bulat-bulat atas takdir Allah.
mohon agar dijauhkan sejauh-jauhnya jika mereka yang bertahkta tu bukan jadi milik kita.
aku percaya dengan doa.
sebab aku yakin kalau bukan sekarang doa tu dimakbulkan mungkin suatu hari nanti.

kadang Allah bukan sampaikan dengan gerak hati kita.
tapi Allah sampaikan melalui orang sekeliling kita bahawa die bukan yang terbaik untuk kita.

"sudah-sudah lah tu dok tunggu benda yang xpasti. terima orang yang terima kita. terima mereka yang betul ada depan mata. "

kadang halangan ibu bapa pun adalah jawapannya.
ada banyak cara yang Allah bagi jawapan buat kita.
cuma kita sedar atau tak je.

tahu memang pedih.
tipulah kalau xpedih.
tapi hakikat balik kepada realiti.
dah lama sangat duduk selesa dalam mimpi.


sekarang aku hanya mampu doa supaya Allah kurniakan jodoh yang terbaik buat aku, keluarga aku dan agama aku.
dan aku doa supaya jodoh aku dibukakan hati untuk menghalalkan aku dan aku sentiasa doa semoga dia dipermudahkan untuk kearah yang Allah reda. 
aku tahu aku merancang. dia juga merancang.
dan Allah juga ada perancangan yang terbaik buat kami.
dan sesungguhnya aku tahu Perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.
walaupun aku masih lagi belum dibayangi siapa dia.
aku akan terus berdoa semoga kau terus dipermudahkan urusan oleh Allah walau aku xpernah tahu siapa kau.
aku tetap akan terus doakan semoga urusan kita kelak dipermudahkan.

dah banyak sangat melalut nieh.
tajuk xkena dengan cerita tapi aku dah malas nak tukar tajuk apa.
okeylah.

Terima Kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~