Bukan Perjalanan Mudah 2!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Sabtu!~
aku terpaksa buat part by part sebab dah rasa terlalu panjang aku membebel.

bila mama amik keputusan untuk berniaga even tanpa abah.
aku adalah salah sorang yang kena tolong sebab memang xde orang lain.
of cause memang kena kentalkan diri cari duit jugak sebab duit dah semakin habis.
banyak lagi benda yang nak kena bayar.
nak cari duit makan.
even sedih dengan ujian yang menimpa, aku nampak the strongest among us is mama.
than abah try his best untuk pulih.

"nasib baik kau xmasuk belajar lagi nana"

"tulah ada hikmahnya"


kalau aku tetap masuk juga ikut and aku keraskan hati jugak untuk aku sambung belajar.
sebab dah lama kan aku duduk rumah.
then, i always bear in mind 

'kalau abah selamanya macam ni. i will be right here beside them. tolong bagi sokongan. tolong carikan duit. '

pemikiran kakak-kakak sangat kan.
biasalah pemikiran anak sulung ni more kepada pengorbanan.
bagi aku, aku dah dapat peluang belajar sampai diploma pun bersyukur sangat dah.
bagi peluang kat depa plak.
sedih memang sedih tapi nak buat macam mana kalau dah memang takdir keluarga kami macam ni.
memang kena terima.

aku selalu fikir, ada hikmahnya semua ni jadi.
at the same its happen bila aku belum sambung belajar.
cuba membayangkan kalau semua benda ni jadi time aku dah sambung belajar.
dalam fikiran aku xlain xbukan memang aku akan berhenti ataupun tangguh sem.
xde lain dalam fikiran aku sebab at the same time adik aku pun tengah sambung diploma.
salah seorang kena berkorban lah which is aku sebab aku dah habis diploma.

tibe-tibe aku teringat something.
hari jumaat seminggu sebelum abah jatuh sakit.
abah jatuh sakit hari sabtu which is after hari jumaat dapat berita embah jatuh sakit masa tunaikan umrah and xdapat nak balik same flight dengan makcik aku.
siapa xsedih. sedih.
then, esoknya Abah kena admit hospital and his condition become worse from day to day.

yes, mama adalah orang yang sangat kuat dan paling kuat.
disaat emak kesakitan di mekah, suami terlantar sakit dihospital.
aku rasa satu beban turun ke bahu.
then, i don't know apa perasaan mama at that time.
aku tahu dia sedih.
sebab mak dan suami sakit at the same time.
mak yang besarkan kita.
tapi time sakit, we are not around her.
sedih kan.
tapi aku xpernah nampak kesedihan tu.
xpernah sekali mama pamerkan muka sedih.
kami xberhenti doa. supaya Allah tentukan jalan yang terbaik buat embah.
lama embah koma.
at the same time kami berubat secara tradisional untuk abah.
kesana kesini jugak.
ada masa aku yang tolong hantar and ada masa kawan abah yang tolong hantar sebab semua tu tempat kawan abah berubat.
memang die yang tahu tempat-tempatnya.
tugas aku masa tu kena uruskan adik-adik and jaga kedai.

permulaan niaga kami pergi berdua.
bayangkan lah perempuan yang xpernah pegang payung kena buka payung.
kena pasang khemah.
orang tengok kesian tapi aku kalau boleh xnak simpati dari orang sebab benda tu buat aku mengalirkan air mata.
serius aku xsuka.
of cos mama yang bawak van.
and pengalaman yang paling berharga ni jugak buat aku pandai bawak van.
see, nampak kan hikmahnya?

first time buat tergelak-gelak.
itu senget, ini senget semua xbetul..
dengan xkemas lah.
then, time susun asam tu abah akan susun ikut susunan dia.
tapi kiteorang main letak je.
bile time hari ahad kiteorang akan pergi niaga bertiga dengan danish.
sorang kena jaga abah kat rumah sebab nak tolong pimpin abah gie mandi and solat.
sorang lagi kena jaga kedai.

Perancangan Allah itu memang Maha Besar.
Allah turunkan ujian bila mana eya nak cuti sem.
dapatlah kiteorang gie niaga bertiga.
berkurang sikit beban.
itu pun niaga kat tempat yang tertentu saja.
khamis, sabtu, ahad and isnin.
ahad tu dua tempat. pagi dan petang.
penat serius memang penat.
penat gilos tapi dua-dua tempat ni memang tempat yang baik.
tempat yang jauh kiteorang xberani nak sampai sebab kawasan sana banyak JPJ.
mama bukan ada lesen GDL pun.
kira memandu secara haram.

at the same time, mama still balik kampung sebab mereka kat kampung selalu buat solat hajat.
then, kazen aku still contact agen kat sana untuk tahu khabar berita.
sebab agen memang dah pesan supaya makcik aku tetap balik jugak.
ikutkan hati makcik aku xnak balik, nak jaga embah kat sana.
tapi urusan visa akan jadi complicated.
kecuali embah sebab sakit.
so, makcik aku tetap balik even berat hati.
embah pun memang suruh balik dulu. xpayah tunggu dia.
after a day admit, embah koma lebih kurang sebulan.

hari khamis, kami dapat perkhabaran embah bangun dari koma.
alhamdulillah.
semua sujud syukur.
then, hari ahad kami semua dapat khabar berita embah dah meninggal.
masa tu tengah niaga.
xsilap macam aku berdua je dengan mama.
then, aku nampak mama nangis.
masa tu abah belum baik lagi still xboleh jalan dan mata still xnampak.
disaat seorang suami masih dalam kesakitan dan masih berjuang untuk pulih.
emak pulang mengadap Ilahi.
pemergiannya yang hanya tahu dari khabar berita tanpa jasad pulang ke desa.
sedih.
aku tahu mama lagi sedih, kalau x, xkan mama menangis time tengah niaga sampai orang perasan.
memori masih lagi jelas tergambar macam mana mama menangis.
masih lagi segar dalam ingatan aku.

sebenarnya embah meninggal hari jumaat.
tapi kami dan agen xdapat dihubungi antara satu sama lain.
xtahu kenapa.

terima kasih Allah kurniakan aku seorang ibu yang sangat kental jiwanya.
xpernah mengalah walau ombak datang menguji.
mama terima dengan redha.
sedangkan abah pun menangis teresak-esak.
embah seorang yang baik.
sangat-sangat baik.
jiwanya juga kental.
kental dengan ujian-ujian kesusahan hidup zaman dahulu kala.
they really inspired me!~

to be continued...

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~