Tak Bersyukur

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Halluuu!~
selamat hari selasa.
bagi aku membebel jap untuk amik mood kerja.
hahahhahaa

tetiba rasa nak membebel plak hari ni.
sebab terlintas kat kepala.
then cecepat gie sign in blog before idea lari.
kalau kita buat karangan pun sama kan.
kalau lambat nanti idea lari.

tiba-tiba terlintas.
dulu prinsip aku nak bercinta lepas nikah.
sampai aku dah kecewakan ramai orang.
bagi aku ramai jugak lah.
sebab aku try untuk terima orang lain tapi aku xboleh.
xtahu kenapa.
bila aku start nak terima orang.
berkawan kawan dulu then mesti aku yang stop.
lagi2 bila dieorang kata kita tunggu lagi 2 3 tahun nanti kawen.
kumpul duit dulu.
then, aku terus tawar hati.
kahkahkah
macam ntah pape kan.
padahal semua orang2 tersebut masing-masing dah nak kawen dah pun.
sedangkan aku masih tunggu buah yang xmau gugur2.
masih lagi dalam proses mencari.
memang dah tertulis bukan jodoh aku lah tu.


sekarang.
aku merungut sebab orang xnak kat aku.
tatkala umur dah 27 tahun masih lagi bujang dan tiada sesiapa pun yang hadir dalam hidup.
sampai malam tadie terkeluar ayat 

"bila lah kita nie nak bercinta yang betul2."

sedih jugak bila umur2 macam nie xde orang nak.
sobsobsobsob

xbersyukur betul aku nie.
dulu aku doa macam tu.
tapi sekarang merungut kenapa masih xbercinta.
then kearah gerbang perkahwinan.
gituhhh!~
aku jugak yang xnak tapi aku jugak yang merungut.

aku pun xfaham dengan diri aku.
sebenarnya apa yang aku nak?
doa kau dah pun Allah makbulkan supaya tiada cinta yang sia2 yang dijalinkan.
tapi kau merungut umur 27 nie kau masih lagi xbercinta.
bak kata temah 

"aku memang nak cari orang yang faham diri aku lebih dari aku faham diri aku sendiri."


tulah seorang nanawahid yang xtahu nak bersyukur.
huhuhuhuhu
ntah lah aku pun sebenarnya memang xfaham apa yang aku nak.
aku xtahu apa yang aku nak.
macam mana nie
macam manaa nie
macam manaaa nie.

xpelah just follow the flow.
segala perancangan Allah tu adalah yang terbaik.
mohon  jelah semoga bertemu dengan jodoh yang baik buat diri, keluarga dan agama.
dan dibukakan hati untuk lelaki yang betul2 Allah redha dan dijauhkan dengan lelaki-lelaki yang Allah tak redha.
semoga Allah gerakkan hati, bukakan hati dan dipermudahkan urusan lelaki yang Allah redha untuk menghalalkan hubungan ini.


perbaiki diri nanawahid!

Sekian terima kasih!
jumpa lagi!!!

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Kecewa yang Diberi

Three of Us

Handphone Hilang