Doa Jodoh

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Ya Allah,
seandainya telah Engkau catatkan dia akan menjadi teman hidupku,
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu kekal abadi

Dan Ya Allah,
Ya Tuhanku yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi Ya Allah,
seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah,
Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke  dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar bisa berbahagia walau tanpa bersamanya

Dan Ya Allah yang Tercinta,
gantikanlah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah,
Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku,
kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah,
cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku didunia dan akhirat,
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini,
janganlah Engkau biarkan aku bersendirian didunia mahupun diakhirat,
menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,

maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.


Amiinnn!~

Terima Kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~