Hari Minggu Kami

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::




salam khamis!!!~~~~
selalunya hari khamis ni aku buat entry  Its Random.
tapi gambar pun xdelah banyak mana.
and setiap kali apa-apa majlis ke gie makan ke xlah aku rajin macam orang lain nak snap every moment.
tapi bila xbergambar, nak update blog jadi bingung nak pilih yang mana satu.
hahahahhaa
mula lah nak murung bagai padahal salah diri sendiri.
menyampah!

hari sabtu hari tu tiba-tiba hana mesej aku ajak keluar.
tapi aku mengajar time tu.
sekali xlama lepas hana mesej, orang tu mesej kelas batal sebab dieorang ada hal.
konsep aku mengajar, aku datang maka bayar kalau aku xdatang xpayah bayar.
kiranya aku xamik bayaran sebulan lump sum.
sebab aku takut aku ade xdapat datang, so sia-sia mereka bayar. 


lama gile xjumpa budak ni.
lama gile-gile aku rasa.
sampai aku dah xingat bila last jumpa.
ntah-ntah last year kot sebab aku macam xboleh nak brain bile kluar bersama.
biasalah kiteorang mesti gie makan then mengopi.
tapi lupa nak amik semua gambar makanan.
menyampah betul aku.

bila orang kata muka kiteorang sama.
level self confident aku tinggi betul.
kahkahkah
then, aku pun confident yang aku cantik.
even hana lebih cantik dari aku.
sangatttttttt.



hari ahad plak kiteorang gie muktamar pepias.
saja nak mengimbau kenangan zaman aktif dengan pepias.
sekarang dah tua.
biasa-biasa aja.

"kau sekarang dh aktif program balik ae?. sebab ari sabtu pagi dh xmengajar ke."

"boleh lah sebab dah xde pakwe."

"sejak bile ada pakwe" 
*pandang serong*

nie semua adik-adik pepias bangi.
ibarat air yang dicincang xkan putus.
ada ramai lagi tapi masing-masing perwakilan and pimpinan atas pentas.
kita bergambar mana yang ada je.
sebab kiteorang nak balk dah time ni.
menuju ke destinasi yang seterusnya.


orang sibuk bermuktamar kat depan.
kiteorang sibuk ber wefie bagai kat belakang.



sampai kena tegur dengan pengerusi tetap.
tapi senyap sekejap je.
lepas tu sambung balik


tapi kiteorang still dengar jugak hujah-hujah perbahasan usul.
ingat memain kat belakang x dengar ke.
hahahhaa
 telinga tetap fokus okey.



budak ni kurang asam dia kata aku setan yang tengah kacau bidadari amik gambar.
xsudah-sudah dengan bidadari


biasalah perempuan dan bergambar memang xdapat nak dipisahkan.
masa ni memang dah lapar sangat.
sangat-sangat.


dah lama si temah nak makan kat sini lepas aku recommend kat dia
korang try lah makan kat sini.
really recomended!
aku pernah cakap kat kawan aku nak makan makanan korea.
then try gie dubuyo.
memang ramai cakap dubuyo sedap.
bagi aku biasa je.
nak repeat lagi memang susah lah.
tapi kat Oiso Korean Traditional Cuisine & Cafe.
baru habis makan dah rasa nak repeat berkali.
camno?
hahahhahahaa

ini pun kawan ofis aku yang ajar.
die teringin nak makan makanan korea.
masa dieorang cakap tu aku mengharap bukan dubuyo and kalau dubuyo pun aku redha.
sekali dia bawak gie sini.
okey buat aku termimpi-mimpi.


ni makanan aku.
aku makan daging stew.
sedap.
xingat harga berapa.
RM20.90 kalau xsilap satu set.
kalau gie sini aku memang jatuh cinta dengan air aloe vera.
aloe vera rm 5.90.
exclude gst and service charges okey.



kawan aku amik set sotong tapi aku xingat apa nama specifik dia.
kahkahkah
RM23.90 boleh pilih nak nasi or mee.
air blue berries.
air dia pun sedap.
sebab sparkling.
cuma agak kuat sikit rasa gas tp sedap!!~



mijah pilih set chicken bbq.
sama jugak sedap.
dia xtahu nak makan apa.
aku recommend chicken bbq.
terus dia jatuh cinta sebab minah ni memang susah sikit bab-bab makanan.
kalau rasa pelik sikit die mula lah xnak makan dah.
masa cakap nak makan makanan korea, die refuse jap.
sebab takut xde nasi putih.
part yang best kat oiso ni guna nasi putih macam orang malaysia.
not 100% pulut.
aku suka nasi kat dubuyo tu sebab pulut and dubuyo guna pulut hitam lagi lah aku suka.
mungkin aku salah pilih hidangan kot kt dubuyo haritu.
RM22.90
air grape RM6.90


lepas makan gie solat zuhur + asar then berjimba jap.
jalan-jalan window shopping.
pastu balik.
xde nak gie mana dah pun.

jenuh jugak nak amik gambar dalam lif.
dah masuk lif cari hp xjumpa.
then, dah sampai bawah, naik balik gie atas baru jumpa hp.
bila nak tangkap gambar pintu lif terbuka, ada orang lalu.
turun balik ke bawah.
naik balik ke atas.
sudahnya memang xde gambar yang cantik pun.



itu jelah cerita hari minggu kami.
sekarang tiap-tiap minggu ada program.
program abim.
program dengan family (sebab raya haji).
then, program cuti-cuti.
hahhahahaa


okeylah got to go!~
tataaaaa

Terima Kasih!~


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~