Rasa Kecewa yang Diberi

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
mood nak membebel dah datang tapi xtahu nak bebel apa.
tajuk bukan main kan.
pagi tadi before buat kerja and menaip entry nie terbaca satu blog yang kawan aku kongsi kat facebook dia.
bile mood nak baca datang, maka terbaca lah.

"Kenapa Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita untuk berikan kekecewaan"

tiada setiap orang yang mahukan kekecewaan hadir dalam hidup mereka.
kecewa berkait rapat dengan kesedihan.
siapa yang suka dengan kesedihan.
semua orang sukakan kegembiraan.
tapi apakan daya hidup penuh dengan pasang surutnya.
dan Allah beri kepada mereka yang mampu.
kekecewaan yang dihadapi dengan sabar, insyaa Allah ada ganjaran disebaliknya kerana Allah Maha Pemurah.

Kekecewaan selalunya berkait rapat dengan ujian.
bila kita kata ujian, umpama satu bala yang menimpa diri kita.
sedangkan bahagia yang Allah berikan juga kadangkala adalah ujian.
kekayaan juga adalah ujian.
dunia memang penuh dengan ujian.
gembira, suka, duka, tangis dan juga ketawa juga ujian.
dunia tempat untuk bercucuk tanam. sabar dengan ujian kerana syurga adalah tempat yang sebenar-benarnya untuk berehat.

ketahuilah mereka-mereka yang Allah pilih belum berkahwin tatkala ramai rakan-rakan mereka sudah berkahwin malah mempunyai anak satu dua tiga dan empat.
dimana saat rakan-rakan kita sedang bahagia dengan keluarga kecil mereka.
malah kadangkala Allah tambah ujian dengan menghadirkan seseorang untuk mengecewakan kita.
sabar.
kerana banyak hikmahnya.
kita pandang terus ke hadapan dan terus memandang kebaikan yang Allah kurniakan buat kita.
and ask in positive side. jangan keadaan yang marah.

"kenapa Allah masih biarkan aku tanpa pasangan? kenapa?"


you will get the answer.
sometime Allah hadirkan jawapan dengan masalah-masalah mereka yang sudah berkahwin.
masalah-masalah masyarakat.
masalah ummat.
kenapa?
penuhkan ilmu di dada supaya kita mampu mengawal diri dan menjadi isteri/suami dan ibu/ayah yang baik untuk keluarga kecil kita kelak.
ada sesuatu yang Allah nak tunjuk, samaada dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.


setiap orang berlainan hikmah yang mereka perolehi.
ia bergantung kepada bagaimana mereka memandang dan mengambil intipati dari pengalaman dan keadaan sekeliling.
tipulah kalau rasa kecewa yang diberi tidak pernah dihurungi rasa putus asa.
terduduk.
termenung.
semua orang pasti akan terkenang.
kadang masa termenung adalah masa kita muhasabah untuk diri sendiri..


beranggapan sahaja mereka yang bertanya adalah bertujuan untuk mendoakan kita.
dan semoga doa-doa mereka diperkenankan Allah.

"bila nak tambah anak? "

"jangan merancang. muda-muda macam ni kalau boleh kawen terus melekat"

"dah mengandung ke?"

"bila nak kawen?"

"cepat-cepatlah kawen"

"bila nak kerja?"

"kerja ini je ke?"

bila dan bila dan bila dan bila.
soalan tidak akan pernah tamat.
apa yang mereka tanyakan itu adalah impian kita. kehendak kita malah keinginan.
Allah tunaikan segala impian dan keinginan kita bila kita mampu, perlu dan tepat pada masanya.
jangan terus-terusan hidup dalam belenggu kekecewaan.
Allah dah pilih jalan yang terbaik.
baik untuk diri kita, keluarga kita, agama malah kebaikan untuk ummah.
setiap manusia ada perancangan masing-masing tapi kita perlu tahu bahawa Allah juga merancang.
dan Allah adalah Perancang Yang Terhebat.


kita akan merasa bersyukur dengan rasa kecewa yang diberi oleh Allah suatu masa dahulu kerana menjadikan kita yang hari ini.
menjadikan kita lebih baik dari masa lalu.
menjadikan kita seorang manusia yang tahu rasa erti apa itu syukur.
rasa kecewa selalunya memanusiakan manusia.
bangkitlah kita dari rasa kecewa.
usah dibiarkan lama bersarang.
usah dibiarkan putus asa terus berkuasa.

#bangkitbersama!



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~