Bukan Perjalanan Mudah 3!~

::: Bismillahirrahimanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


alhamdulillah kesihatan abah beransur pulih sikit demi sedikit.
adalah around 6 months sihat and dah boleh pergi niaga.
rajin jugak gi berubat sebab abah memang ada semangat nak pulih.
abah pegang pada prinsip, kalau aku usaha aku akan dapat hasilnya.
sebab kesian kat anak isteri terpaksa amik alih tugas cari rezeki.
tapi abah kat rumah jadi tukang masak even mata xnampak.
dengan bantuan ika.

nasib baik ika masa tu dah sekolah menengah sekolah belah petang.
belah pagi adalah orang nak jaga abah sementara kiteorang gie niaga.
nini plah belah pagi sebab amik aliran bahasa arab.

sekarang masing-masing nak sambung belajar ke peringkat seterusnya dah.
cepat betul masa berlalu.

waktu tu kehidupan kiteorang memang jatuh.
aku rasa kejatuhannya tu.
sampai berpajak emas bagai.

sampailah masa aku nak sambung belajar.
waktu ni aku memang tahu abah xde duit sebab baru nak bangkit balik lepas sakit.
abah baru mampu nak niaga semula lepas sakit.
tapi kami semua tahu banyak hikmah yang Allah turunkan pada kami sekeluarga.
banyak and terlalu banyak.
salah satunya mungkin aku xkan menghargai abah kalau benda macam ni x berlaku.
mungkin.
aku hargai setiap pengorbanan yang abah lakukan.
aku xboleh kalau abah ditimpa masalah tapi sometime aku xmampu nak tolong.
aku hanya mampu doakan supaya mereka dipermudahkan urusan dunia akhirat.

sampai hari pendaftaran.
pagi tu abah jatuh tangga. 
mula-mula memang kami dah rancang nak hantar aku gie pendaftaran.
tapi disebabkan abah jatuh tangga sampai xboleh nak jalan.
aku tetap teruskan perjalanan even sorang.
sedihhh...
terpaksa sendat menyendatkan kancil yang comel tu dengan barang-barang aku untuk sambung degree.
mereka hanya mampu hantar sampai depan pintu je.
aku gerak dalam kol 10.
before tu abah bagi duit and perkataan yang aku xkan lupa sampai bila-bila

"abah dah xde duit. ada RM2,000.00 nie je. pandai-pandai lah nana nak gunakan dalam masa dua bulan plus dengan yuran pendaftaran, minyak and tol. ini je duit yang abah ada untuk nana sambung belajar. belajarlah betul-betul sebab ini yang nana nak at least sampai degree"

speechless

"terima kasih"

aku xmampu nak kata apa.
really speechless.

bila tiba kat pintu pagar kuis aku kena tahan dengan pak guard

"nak gie mana ni dik?"

"nak daftar pakcik.pelajar baru"

"owh tp awak xde sticker. kena letak kereta kat luar. dari mana ni?kenapa xdatang dengan family sebab kereta yang xde sticker ni xboleh letak dalam kolej"

"sy dari johor. family xdapat nak hantar sebab pagi tadi ayah saya jatuh tangga. terpaksa daftar sendiri bawak kereta dari johor"

sambil bergenang air mata.

"owh jauh jugak tuh.xpelaj.lepas turunkan barang nanti parking kereta kat luar ye"

"terima kasih pakcik"


tapi aku xletak luar pun masa tu.
nyorokkan kat tempat parking sampai dua minggu baru aku hantar pulang itu kancil.
hahahhaa
dalam baiknya tu ada jugak yang redah peraturan kolej.

masa angkat barang, jenuh weyh turun naik angkat barang sorang-sorang.
sekali kat bilik atas katil xde tilam.
sedih je rasa hati.
tapi aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku dengan sahabat yang baik hati sangat.
sangat-sangat baik hati.

bila dia tahu aku datang sorang.
dia offer diri nak tolong angkatkan barang aku.
tapi aku dah siap angkat barang.
hahahhaaa
kiteorang gie cari tilam sama-sama even dia dah tilam pun.
and kiteorang sampai sekarang still berhubung.
alhamdulillah.
sebab aku nampak keikhlasan die berkawan dengan aku.


to be continuedd...

Comments

Popular posts from this blog

Rasa Kecewa yang Diberi

Three of Us

Isu Agoda