Bukan Perjalanan Mudah!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam jumaat!~
dah Al-Kahfi ke belum tu?

dah lama nak mengarang pasal roadtoconvocation.
sepatutnya its happen a year ago.
or two years ago.
sebab masa tu aku jeles tengok semua orang dok post gambar konvo sedangkan aku masih lagi menunggu masa untuk konvo.
kesian kan.
then i realised something.
perjalanan yang Allah aturkan setiap hamba-hambaNya berbeza.

semua orang tahu. perjalanan untuk ke konvo bukan satu perjalanan yang mudah.
macam-macam perlu ditempuh.
aku pun sama.
semua graduan pun sama cuma perjalanannya berbeza.
setiap orang ada perjalanan masing-masing.
nak x nak memang kena tempuh.
kalau x, kita xkan sampai ke konvo.
alhamdulillah.
cuma xpuas sebab baru dua kali konvo.
rasa nak konvo lagi je rasanya.
hahahahaa

xlama lagi nini nak masuk degree.
then teringat masa aku masuk degree.
yup, bukan satu perjalanan yang mudah dan bukanlah satu perjalanan yang terlalu sukar.
kalau kita mampu galas insyaa Allah kite akan sampai ke akhirnya.

masa aku mula mohon tipulah kalau aku cakap aku xsedih xdapat IPTA.
tunggu punya tunggu punya tunggu.
masih xdapat jugak.
then aku pilih KUIS.
aku memang sayang KUIS sebab aku suka buminya yang dipenuhi dengan ilmu plus aku dah biasa dengan suasana kat sana.
dalam tempoh aku menunggu tu ada jugak laa beberapa kali aku gie KUIS sebab rindu.
aku pilih KUIS sebab satu je. cepat habis pengajian.
dalam masa 2 tahun setengah dah habis belajar.
dalam 4 sem je belajar. lagi satu sem praktikal.
sementara xbelajar tu aku memang xbekerja. alasan sebab aku memang nak sambung degree.
memang mama abah nak aku sambung degree.
bagi contoh kat adik-adik supaya dieorang ada semangat untuk belajar.
berat masa tu jangan cakap lah.
memang naik mencanak-canak.
plus xde kesedaran lagi nak kuruskan badan.
hahahahhaaa

offer letter sampai, abah sakit.
and aku memang xde buat persediaan serba serbi nak sambung belajar.
cuma kemas-kemas baju jelah.
aku nak masuk hari isnin next week, hari sabtu seminggu sebelum abah masuk hospital.
semakin hari keadaan abah semakin teruk.
i means, xboleh jalan and xboleh cakap.
minum pun air keluar balik melalui hidung.

"macam mana ni nana?"

"xpelah. nanti nana masuk kemasukan yang akan datang je"

"tangguhkan dulu masuk belajar ae"

"xpe boleh je"


conversation happen at hospital after few days aku xdatang melawat.
masa tu ada kereta kancil and honda.
aku hanya pandai bawa kancil.
and mama ulang alik hospital guna kancil.
then, aku terperuk kat rumah uruskan adik-adik aku.
aku memang xde kenderaan nak pergi hospital.
mama balik pun bawak baju kotor je.
then, kemas baju gie lagi ke hospital.
abah suspect jantung berlubang tp doktor kata not too worry sebab lubang tu kecik je.
tapi hari demi hari kesihatan abah semakin merosot.
second day abah xboleh jalan.
pagi-pagi bangun nak gie toilet, then jatuh terduduk sebab kaki xrasa.
malam hari pertama mama tidur rumah.
sebab kebiasaan memang macam tu.
bila abah masuk hospital mama akan tido kat rumah.
tapi disebabkan abah xboleh jalan, mama terpaksa duduk hospital 24 jam sebab nak pimpin abah ke toilet.

hari ketiga, suara abah jadi sengau.
xtahu apa punca, doktor semakin pelik.
jantung berlubang xde kena mengena dengan xboleh jalan. xde kena mengena dengan suara akan jadi sengau.
hari keempat, minum air keluar balik melalui hidung.
doktor lagi semakin pelik.
buat mri and endoscopy.
agaknya lah kot.
hahahahhaa
xegt the exact sebutan.
everything is okey.
doktor pelik.
dan hari keempat aku baru datang melawat.
satu hari aku berlatih bawak honda.
jalan-jalan dengan danish.
nak bawak gie hospital yang kat bandar tu pun kena berlatih sebab honda tu besar kan.
dua kali ganda dari kancil.
masa ni doktor advise supaya cari alternatif lain.
sebab everything is okey.

after a week, keadaan semakin teruk.
abah cepat letih plus xboleh jalan.
mata terus jadi xnampak.
bila bukak mata, semua benda jadi dua.
macam sebelah mata untuk satu benda.
setiap kali nak solat aku akan pimpin abah amik wuduk.
sebab kalau terpegang tangan isteri kan terbatal.
masa ni memang ade cari alternatif lain.
berubat cara tradisional.

aku nampak kekuatan abah untuk pulih.
aku nampak kesungguhan abah untuk kembali mencari rezeki.
duit semakin lama semakin susut.
ASB semua abah jual.
atas nama aku, abah jual separuh and jual semua atas nama mama.
duit bila digunakan semakin lama pun semakin susut.
tapi perbelanjaan tetap sama.
mama amik keputusan untuk pergi jugak niaga.


to be continued...

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~